Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:

"Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan"

(Riwayat Bukhari)

---------------------------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:

"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan

bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"

(Riwayat Bukhari)

---------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa"

(Petikan kitab Imam Ghazali)

--------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan

sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan"

(Petikan kitab Imam Ghazali)

-------------------------------------------------------------------

Dari Abu Dzar r.a

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan 'Hai Kafir',

padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,

maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri"

(Riwayat Bukhari & Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Abdullah bin Amru

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam

berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah"

(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang

oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,

maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya"

(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih

mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur"

(Riwayat Tarmizi)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama

kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu"

(Riwayat Abu Daud)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak

bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah

orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya

melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih

hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap

saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,

memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah"

(Riwayat Khamsah)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi

dia tidak terburu-buru dengan mengatakan "Aku telah

berdoa tetapi belum juga dimakbulkan"

(Riwayat Arba'ah)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda,

maksudnya:

"Orang yang memulakan memberi salam adalah

terlepas dari sifat sombong dan takabbur"

(Riwayat Al-Baihaqi &

Al-Khatib)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah

mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran"

(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.

Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari

cabang keimanan"

(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang

menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,

dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga"

(Riwayat Tarmizi)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat

syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah

Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"

(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah

orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang

isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya"

(Riwayat Abu Daud)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba

sebelum nyawanya sampai di kerongkong"

(Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum

terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"

(Riwayat Muslim)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang

orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu"

(Riwayat Bukhari)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika

seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri"

(Muttafaq'alaih)

Di dalam Kitab “Muhammad s. a. w. Insanul Kamil”, karangan Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani, ada menyatakan beberapa perkara mengenai kemulian dan keistimewaan Nabi Muhammad yang diutuskan sebagai rasul yang terakhir yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebahagian du nia dan akhirat, iantaranya ialah:

1. Muhammad Rasulullah s. a. w. adalah manusia pertama yang diciptakan Allah swt iaitu ketika Nabi Adam a.s masih dalam keadaan antara roh dan jasadnya ( dari hadith riwayat Tirmizi).

2. Allah telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adam hinggalah Nabi Isa a.s terikat dengan janji bahawa mereka akan beriman dan seterusnya membela atau membantu Rasulullah s. a. w. Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". ( Surah Ibrahim : 81).

3. Salasilah atau asal-usul keturunan baginda s.a.w. bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah Abdullah bin Abdul Mutalib tidak terdapat seorang pun di antara mereka yang pernah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. (dari hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan lain-lain).

4. Pada saat kelahiran baginda s. a. w., bondanya melihat cahaya memancar menerangi istana-istana megah di Syam (diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal).

5. Pada saat baginda SAW sedang berjalan di tengah terik panas matahari, terdapat gumpalan awan memayunginya. (diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain).

6. Pernah terjadi ketika mana baginda s.a.w. sedang berjalan dan hendak berteduh di bawah sepohon pokok, pokok itulah yang bergerak mendekati baginda. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi )

7. Ketika baginda SAW masih kanak-kanak, ketika baginda sedang bermain-main datanglah Malaikat membelah dadanya dan mensucikan hatinya. ( diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain)

8. Pada waktu Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’, Jibril a.s memeluk Baginda sebanyak 3 kali. ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

9. Allah s. w. t. memberi nama ‘Muhammad’ kepada baginda yang berasal dari perkataan ‘hamada’ (puji). Ianya merupakan kata akar bagi salah satu sifat Allah iaitu ‘Mahmud’ (Maha Terpuji). Sebelum itu tidak ada seorang pun yang bernama seperti baginda s. a. w. ( diriwayatkan oleh Muslim )

10. Baginda s. a. w. sering lapar di malam hari kerana tidak mempunyai makanan , namun keesokan harinya baginda akan berasa kenyang. Allah swt jua yang dengan kekuasaan ghaibnya memberi ‘makan-minum’ kepada baginda s.a. w. hinggakan baginda tidak berasa lapar atau haus ( diriwayatkan oleh Muslim).

11. Baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu yang dibelakangnya dengan jelas seolah-olah baginda melihat dari arah hadapannya. ( diriwayatkan oleh Muslim).

12. Di waktu malam yang gelap-gelita, baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu dengan jelas dan terang seolah-olah seperti baginda sedang melihatnya di waktu siang (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi ).

13. Ludah baginda s. a. w. dapat menjadikan air laut yang masin menjadi tawar (diriwayatkan oleh Abu Naim).

14. Suara baginda s. a. w. dapat didengari oleh orang yang berada pada jarak yang kebiasaannya susah untuk mendengar. ( diriwayatkan oleh Bukhari).

15. Baginda s. a. w. hanya tidur dengan mata, sedangkan hatinya tetap tidak tidur. ( diriwayatkan oleh Bukhari ).

16. Baginda s. a. w. tidak pernah menguap. (diriwayatkan oleh Abu Syaibah dan lain-lain. Dikemukakan juga oleh Al-Khatabiy ).

17. Selama hidup baginda s. a. w. tidak pernah ihtilam (mimpi syahwat) sama seperti para Nabi dan Rasul sebelumnya. ( diriwayatkan oleh Tabrani).

18. Peluh baginda sama-sekali tidak berbau. ( diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain ).

19. Apabila Baginda s. a. w. berjalan di samping orang bertubuh tinggi, baginda nampak lebih tinggi. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).

20. Allah s. w. t. telah memperjalankan Baginda pada malam hari dari Masjidul Haram di Mekah ke Masjidul Aqsa di Palestin. Firman allah di dalam al-Quran: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah Al-Israa’ : 1)

21. Allah s. w. t. telah menurunkan Malaikat bagi membantu baginda semasa peperangan Badar dan peperangan Hunain. Firman Allah: “Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mu'min: "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?" (Surah Al-Imran : 123-124 )

Sebagai umat Muhammad s.a.w. kita perlu mengingati dan mencintai Rasul kita s.a.w. dengan suatu penghayatan yang sebenarnya, atau dengan kata lain wajid dihayati oleh setiap orang yang beriman sepanjang masa, tidak hanya pada waktu-waktu tertentu atau musim-musim tertentu seperti mengingati Baginda s.a.w. hanya di bulan RabiulAwal ini sahaja. Cuma yang lebihnya memperingati Baginda s.a.w. di bulan Maulid ini adalah lebih khusus kerana Baginda mengikut riwayat yang paling mashyur dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diambil dari Qatadah yang bermaksud;"Bahasanya Rasulullah s.a.w., apabila ditanya mengenai puasa pada hari isnin, maka Baginda bersabda : itulah hari dimana aku diperanakkan dan hari mula turun wahyu kepada ku" H.R.Muslim

Di dalam keadaan dan suasana manusia yang sedang hanyut dan tenggelam di dalam arus jahiliyah, manusia yang sedang berada di julang api neraka, di saat manusia membunuh sesama sendiri, di kala manusia lupa Tuhan yang sebenarnya dengan menyembah bahala, tidak mengenali hakikat agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan menyelewang daripada ajaran yang sebenarnya.Di tengah-tengah keadaan inilah, maka lahirlah sinaran dan cahaya islam yang dibawa oleh seorang pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran yang suci ini telah dibawa oleh seorang pesuruh Allah yang terpilih ini, semuanya bersumberkan kepada wahyunya daripada Allah s.w.t.
yang bertujuan untuk menyelamatkan manusia dengan
mengajak mereka beribadat kepada Allah semata-mata
dan menjauhi diri dari ajaran yang salah dan sesat.

Jelas sekali, sumbangan Baginda dalam mengangkat dan meningkatkan peradaban manusia cukup besar dan bermakna. Oleh itu, kedatangan bulan ini perlu disambut setiap umat Islam dengan penuh kesyukuran kerana dalam bulan inilah lahir seorang pemimpin unggul, agung dan berwibawa yang mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kehidupan lebih cemerlang, bahagia dan berjaya. Allah berfirman yang berbunyi:


Maksud: “Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).


Perjuangan Baginda s. a. w. dalam usaha menegakkan Islam di muka bumi ini, dipenuhi peristiwa pahit dan getir. Baginda terpaksa menempuh pelbagai ancaman dan halangan, menghadapi pelbagai kesengsaraan, penderitaan, penindasan dan sebagainya. Baginda diutus Allah menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Pelantikan Baginda sebagai Rasul membolehkan Baginda menyebarkan dakwah dan mengajak umatnya ke jalan lurus. Kesungguhan Baginda akhirnya berjaya membawa masyarakat Arab ke jalan benar dan diredai Allah.

Justeru itu, pada hari ini, marilah kita umat Islam berganding bahu dan merapatkan jurang untuk sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan menghayati ajaran dan sunah Rasulullah. Sesungguhnya, kedatangan Rabiulawal tahun ini, diharap dapat menyelesaikan kemelut yang menimpa umat Islam ketika ini, sekali gus membawa semangat baru kepada perjuangan menegakkan Islam.